Friday, 16 March 2012

berjalan melihat peninggalan sejarah

assalamualaikum dan salam 1 malaysia..

Alhamdulillah,setelah berhabuk dan bersawang blog ni ditinggalkan,harini diberi peluang dan sedikit masa utk 
mengupdatenye...
actually aku baru pulang dr bercuti,
bercuti dlm mesir jugak,rancangnye nk ke europe
tp kewangan x memberangsangkan,
so jenjalan dlm mesir pn ok jugak,
cz nak dekat masuk 5 thn kat sini,
1 mesir pn aku x pusing lg,
mane taknye...
mesir ni besar sgt,
boleh bayangkan x,1 malaysia bersamaan dgn 1 cairo je
ibu negara mesir..
1 malaysia pn aku x puas round lg,
nikan pulak mesir yg lg luas dan besar dr tu..
  
so,seperti saranan dan firman Allah
di dlm kitab suci Al-quran karim :


Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi” (Fathir : 44).
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” (Al Hajj : 46).


so sepanjang trip tu,
bila aku tgk kesan2 peninggalan firau,
dr tulisanye,bangunan2 yg dibina,
akidah diorang sendiri,
membuat aku berfikir..
masa ni la baru aku rasa,menggunakan hati,akal
penglihatan..
kalau kita fikir,org2 zaman dulu lg besar dan kuat2 dr kita,
tp kuasa Allah mengatasi segalanya..
sebesar mana pn size badan kite,
sehebat mana pn bangsa kita,
semaju mana pn negara kita,
semuanya x dpt menandingi kuasa ALLAH.
dan kita tetap sebagai hambanya je.
 nak share skit la gamba2 aku pegi sana..

trip luxor,aswan,hurgada.

yg ni karnak temple..


ni dlm karnak temple..
besarkn patung ni?
tinggi sgt..



ok,yg ni nama die colossi of memnon.


yg ni hapsetsud temple.




ni permandangn depan hapsetsud temple..
aku sgt suke tgk cz nmpak mcm lukisan..
mcm mane la dorng dulu2,
boleh wat temple kt tgh2 batu..


yg ni pulak..
edfu temple..
temple ni dibina utk di persembahkan pd
dewa helang..
sebab tu kitorng sume wat gaya helang..
haha
ok,skang dah sampai aswan,
dekat aswan ni x de ape2 sgt..
just ada sg,nil yg sgt panjang mengalir..
ni nak naik boat ke philae temple :)


ni berhadapan dgn philae temple,
masa ni angin sgt kuat so aku x de mood nak
menjelajah temple tu,
duduk kat depan sg.nil ni lg best.

ni la sg nil..
tenang je kn?..
kalau kita perhatikan..
berhadapan sg.nil ni adalah padang pasir yg kering kontang..
kalau fikir secara logiknye..
di tgh2 padang pasir yg kontang,
ada sg. yg sgt panjang mengalir..
betapa hebatnya Allah tu..

skang dh smpai hurgada,..
kat hurgada ni ada laut merah yg sgt cntik,jernih..
memg die panas sepanjang thn..
tempat mat sallah bersidai.
kalau dtg sini kena jaga mata skit.huhu


ni lg satu kuasa Allah yg sgt
aku kagumi,
hidupan laut yg bermcm jenis dan warne..
time ni naik glass boat,
sgt best dan cantik.

ni pulak aktiviti lasak,
best jugak..
masuk ni dh 3 kali naik ..
naik atv merentasi gurun padang pasir..

super market kaum badwi,
di tgh2 padang pasir..
aku pn x tau die ada jual ape je dlm ni..

okeh,dh check out hotel..
nak balik..

sebenarnye,byk sgt gmba..
tp x larat la nak upload sume ...

sekarang kuliah pn dh mula n makin rancak..
so waktu utk fokus study~~
doakn thn ni sy dpt konvo dgn cemerlang .
amiiinn..






Tuesday, 14 February 2012

malas.

salam.

sgt lama x update blog.
kadang2 aku terlupa bahawasanya aku seorang blogger.
mood utk bercuti sakan x hilang lg.
nest week nak bercuti lg.
bye2 sume :P

Thursday, 17 November 2011

nk kena panampar?



3 Soalan 1 Penampar...


Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"




Tuesday, 15 November 2011

tangisan kota iskandariah.

assalamualaikum awk saudara seislamku,



malam ni hujan di kota iskandariah lebat lg,
hujan turun lg,
tidak henti2 dari pagi td,
tak habis2 kota iskandariah menangis lg,
sejuk.sy di temani selimut tebal dan secawan milo panas.
 menaip sendiri di dlm kesunyian malam.
masih tidak melelapkan mata.
ingin menemani kesedihan kota ini mungkin.
awk,
awk baik sgt dgn sy,
sy dah banyak menyusahkan awk,
semoga awk dimurahkn rezeki,
diberi ganjaran dr Allah.
malam ni,sy x tau kenapa.
tibe2 sy muhasabah diri sendiri.
sy minta maaf kat awk.
sy banyak kot buat salah.
sy bukan baik sgt.
cuma Allah menjaga dan menutup segala keaiban sy.
jika semua keaiban sy org tau dan nampak.
sy bkan sape2 di dunia ini.
malah bukan sape2 di sisi tuhan.
sy selalu merendah2kn awk.
sebab,
awk baca quran x lancar,
awk x hafal hadis,
awk x pandai baca kitab,
awk x tau bahasa arab.
tp malam ni sy tau,sy berfikir.
Allah menguji manusia dgn pelbagai cara.
dgn kekayaan,kemiskinan,
kepandaian,kejahilan,
hidayah,kebatilan dan macam2.
mungkin tuhan hanya nk menguji sy dgn ilmu picisan yg sy ada,
kenapa sy perlu nk rasa rendah pd org lain?
mungkin sy hebat harini,sy bole dibanggakan,
tp boleh jadi hati awk lebih mulia di sisi Allah.
boleh jd esok lusa bulan depan atau thn depan,
awk lebih hebat dr apa yg sy ada.
betul apa yg awk kata,
sy bertuah,
dilahirkan dan dihantar ke sekola agama.
sy selalu salahkan awk,
sbb awk ada kuasa utk memilih masa hadapan dr dulu lg.
tp mlm ni sy perlu tau,bahawa stp yg berlaku itu
adalah takdir dan ketentuan Allah.
jd,mengapa sy perlu mempertikaikan
takdir yg ditetapkan dr dulu?.
maafkan sy :')
maafkan sy~
semoga Allah memberi yg terbaik dlm kehidupan awk.
semoga awk menjadi yg terhebat akan dtg.
malam ini kota iskandariah menangis lg :')







Monday, 17 October 2011

mesirku , utk tahun yg terakhir~

assalamualaikum dan salam 1 malaysia~


meja study berwajah baru.


mesirku,
utk tahun terakhirnya aku disini.
seakan mimpi yg baru tersedar.
seperti baru kelmarin aku menjejakn kaki
ke bumi nabi musa ini,
menghadapi panas dinginya bumi
gersang.
menghayati erti kesabaran.
menikmati hebatnya ujian tuhan.
ilmu secebis yg aku kutip di sini,
semoga bermanfaat utk
masyarakat.
utk hidup dunia dan bekalan akhirat.
akal masih kontang.
perjalanan hidup masih jauh.
semoga tuhan memberkati,
mesirku dan perjalanan suci ini.

"siapa yg Allah kehendaki menjadi baik,
maka Allah akan memeberikanya
pemahaman terhadap agama..."

wahai tuhan kami,
pegangilah hati kami dlm stp perjalanan kami.
tuntunlah kami di dlm stp keputusan kami.
thabitkanlah kami di dlm agama suci ini.

-masa utk mengejar selautan ilmu-







Saturday, 15 October 2011

ku pinangmu dgn al-quran

asaalamualaikum w.b.t..

satu hari,dtglah seorang perempuan
kpd rasul dan berkata :
"ya Rasulullah,aku dtg menghibahkan diriku utkmu,
Rasulullah melihatnya dan mengagguk anggukan kepala,
kemudian rasul kembali duduk.
rupanya tidak ada hasrat dihatinya utk menikahi
wanita itu..



tiba-tiba,salah satu shabat berdiri
dan berkata :
"ya Rasulullah,jika engkau tidak berhasrat
menikahinya,maka nikahkanlah aku
denganya..."

lalu rasul berkata pd lelaki itu..
"apa yg engkau miliki utk meminangnya.."?
"aku x punya apa2 ya Rasulullah.."
jawab lelaki itu..

rasulullah menjawab :
"pulanglah kpd keluargamu,
lihatlah...
ada apa2 yg boleh engkau
gunakan sbg mahar..."

lelaki itu pn pulang dan
kembali lagi lalu berkata :
"demi Allah.aku tidak menjumpai
apa pun utk dijadikan mahar.."

rasul berkata :
"lihatlah...walau hanya
sebentuk cincin dr besi.."


lelaki itu kembali pulang dan
kemudian dtg semula dan berkata
"demi Allah ya Rasulullah..
aku tidak mempunyainya.."
tetap aku punya kain ya Rasulullah...


"apa yg boleh kau lakukan dgn kain itu?"
jika kau memakinya,maka
isterimu tidak dapat memakainya..
jika isterimu memakinya,maka
engkau tidak dapat memakainya.."

lelaki itupn kembali duduk,
dan tetap duduk hingga selesai majlis..

lelaki itu tampak sgt sedih..
lalu,Rasulullah memanggilnya dan berkata :
"apa yang kau ada dr al-quran.."?
jawab lelaki itu. :
"ya Rasulullah,aku menghafal surah ini dan itu.."
"kalau begitu,aku nikahkan kau denganya..
dengan mahar al-quran yg kau ada.."





subhanAllah!
akhirnya lelaki itu
menikah dgn
ayat2
al-quran
yg dihafalnya
sbg mahar pinanganya..





al-quran..mahar pinangan yg suci,manis,
indah...
mahar al-quran lebih berharga dr duit berjuta2
rumah yg besar,
kereta yg mewah dan
emas yg melimpah ruah..
kerana l-quran adalah kalam ilahi,
wahyu yg suci..

maka...
siapakah yg tidak mahu
dipinang dgn lantunan ayat2 suci al-quran??

ya Allah..
izinkan aku..
utk dipinang dgn al-quran :)



rabbana hablana min azwajina
wazuriyatina qurata a'yun
istajibillahuma dua'na~









aku bercuti,yeah...

assalamualaikum..


lama dah x update blog kot..
lepas cte feeling2 sal hati pmpn trus x update lg..
so skang aku nak cte,
aku pergi bercuti..yuhuu...
mcm gempak sgt kn..padahal bercuti sekitar
egypt jugak...
x kisah la,bercuti luar ke dlm egypt ke..
yg penting kite dpt something dr perjalanan kite tu..


sesuai dgn firman Allah.. :
"berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan
apa-apa yg telah diperbuat oleh
orang sebelum kamu,
agar kamu mengambil pelajaran dr Nya.."


aku pergi bercuti ke matruh yg mengambil masa 4 jam
perjalanan dr rumah aku di alexandria.
percutian aku tu x la lama sgt..
2hari 1 malam je..tp memg best.


tempat pertama yg dilawati sesampainye di matruh
adalah muzium el alamin,
aku pn x pasti tempat ni tempat ape..
tp kat dlm ni byk kubur askar german.
ada salib2 bagai.risau aku tgk.




ni bahagian dlmnye..
ni la kubur2 askar german..

ni permandangan dr depan muzium

then kitorng melawat ke
pantai cleopatra/hammam cleopatra.
x faham betul aku,byk2 tempat best kat tgh2 laut jugak
die nak wat toilet..
nyusah aku je nak kena hadapi batu2 yglicin dan tajam..
kalau nak tau kat sini kot cleopatra bersiram
klau nak cte kisah sape cleopatra ni pnjng kot.
secara ringkasnye,
die ni perempuan yg sgt menggoda,
die anak ke3 dr 6 adik beradik.
die di besarkan di alexandria yg pd masa tu negara 
yg sgt besar dan mewah..
aku pn membesar kat alex jugak selama 4 thn ni..
membersarkan badan :D

ni la hamam cleopatranye..

lepas penat berjalan,..
masa utk lunch!



ok..dah makan kenyang2...
jalan2 kat pantai ajibah pulak..
time ni la aku betul2 excited...
x terkata..
rasa mcm x ckup lidah nak ckp subhanAllah...
cantik sesgt..
pntai ni dinama kan ajibah sbb 
pantainya sgt ta'ajub..
die ada 7 tone warne bile menjelang senja..
sgt cantik..
oleh kerana aku g bukan waktu senja..
so warne die x ckup la 7 tone...

tadaaa~~ cantik kan???






dah,x payah letak gmbar byk2..
nanti org muak kot nak tgk..
heee...

sekain saje percutian kali ini...
kuliah dah mula dah,x bole nk jejalan lg..
weee~~..
masa utk fokus pd last year...




Monday, 19 September 2011

andai lelaki itu tahu~

..assalamualaikum..

andainya lelaki tahu...
di dalam hati seorang perempuan,
ada naluri utk disayangi..
ada rasa utk diberi perhatian,
ada rasa utk di dengari keluh kesahnya..
ada waktu2 minta ditemani kesedihanya..





andai lelaki tahu,
rajuk seorang perempuan
minta dipujuk...
marah seorang perempuan,
perlu didekati...




sedih seorang perempuan,
harus didengari...
gembira seorang perempuan,
ingin dikongsi...


andainya lelaki tahu,
disebalik 1001 rasa itu,
ada sekeping hati yg sgt lembut...


bukan untuk dimanjai,
bukan juga utk ditatang bagai minyak
yang penuh....
hanya sekadar sedikit perhatian,
agar rasa kasih terasa wujud
walau berjauhan...





cintailah seseorang atas dasar
siapa dia sekarang,
bukan atas dasar siapa dirinya
sebelum ini..
cintailah seseorang itu
kerana hatinya...
bukan kerana paras rupa semata-mata..
..sy syg lelaki itu..






Wednesday, 14 September 2011

AZRA akin vs zabiratul AZRA

assalamualaikum~

masa aku kecik2 aku selalu rasa rendah diri dgn nama aku
yg agak panjang berjelar2 ni...time zaman2 aku,mane ade
budak2 nama canggih sgt,jarang2 jmpa.
tp kalau budak2 zaman2 sekarang ni memg nama style
pnjng2 smpai x muat2 IC kot.
aku rasa nama aku sgt pelik dan dlm dunia ni ade 1 je nama aku,
x macam org lain,nama dorng pernah la jugak
di dengar dan dlm byk2 budak kat sekola
tu mesti ade yg sama nama...
so aku rasa agak x best.
aku akan rasa segan utk sebut nama aku bile org tanye,
mesti respon org akan berbagai2...
zabiratul azra?...mak ai,panjangnye nama.
cmne awk nk menikah nanti,kesian laki,
takut tersasul2..tp mak aku kate..
kalau laki tu dh memg betul2 suke..hafal aje die nama ko..
heee...betul ke kata2 mak aku tu,ke nk sedapkan
hati je???.... :)
lg satu aku x de keyakinan diri sbb
dulu aku gelap skit,pastu muke aku memg penuh jerawat.
sampai x de ruang dh muke aku ni...
lg pulak budak2 laki kat sekola aku
selalu je ejek aku bijan..
sbb muke aku mcm dedak penuh kat muke..
so bile aku lalau je dorng akan buat bunyi mcm nk bg mkn ayam tu.
alahai.waktu tu memg aku rase down giler..
nk kua umah jalan2 pn mcm x nak berhadapan dgn org..
dahla rupa buruk,nama pulak pelik..
sian aku...
sampai la waktu aku nk further study kat egypt ni,
aku rasa risau dgn nama aku..
mesti org2 arab akan mentertawakan nama aku.
byk2 kali jugak aku pk nk dtg sini time mule2 dulu.
tp bile pk nk happykan parents..
aku pegi la jugak..
mind set aku,alah,setakat nama..x de hal kot.hu3..
bile aku dah besar skit.
jerawat kat muke aku pn dh makin hilang.
aku pn x tau cmne boleh hilang.
sbb aku dah makin tua kot.haha.
cite semula pasal nama aku,
lupa pulak nk bgtau,mksd nama aku..
zabira : yg pintar dan kuat
azra : gadis suci yg tidak disentuh ( gelaran utk maryam)
waktu first year kat sini,aku nk exam oral,
pemeriksa tu tanye nama aku...
then die senyum sambil berkata..
azra?..nanti bile ko dah kawen ko nk kekalkan azra ko ke?..
hahaha...aku agak rase segan campur best kot sbb
ade org yg faham mksd nama aku..
haha...x tau knp aku nk rase best.
ntah ape2 je kot..
bile aku pergi2 ke negara2 arab aku
rasa nama aku mcm di pandang kot.
org arab yg tanye nama,bile aku kata azra
mostly akan ckp,azra?..subhanallah.
nama yg cantik..
so skang aku dah x rasa rendah diri dgn nama aku..
bile aku google2..
aku ingatkn aku je nama azra..
tp ade sorng miss universe yg nama azra,
berasal sr turkey..ahaha...
bile dah besar,baru aku tau dunia ni sgt luas..
mcm2 org lg yg aku x jmpe..beza dgn aku time kecik2
dulu..aku pk aku sorng je nama cmni..
rupenye nama azra jd miss universe lg..
aku pn suke tgk muke azra yg miss universe ni..
comel sesgt..walaupn aku x secomel die..
tp aku suke sbb nama die same ngn aku..haha..
nk tgk x azra akin yg cun tu??..

cun kan die?...







ni pulak zabiratul azra yg x bape nk cun..haha