Tuesday, 26 April 2011

Pesanan Buat Lelaki

Assalamualaikum~~

harini pagi2 bute lg dah ade kelas tutorial...
waktu org tgh best2 tido aku terpaksa jalan kaki sesorng g kelas...
xpe..stiap langkah aku tu dpt pahala :)
ape yg aku nk cite bkn masalah aku penat jalan kaki or 
aku kena kejar anjing atau sbgnye...
tp saje nk share...
balik je dr kelas cm biasa,aku mesti check fb...
aku pn x faham kenapa fb dah jd sebahagian dr rutin harian aku...
rasenye kalau sehari x buka fb mcm ade yg kurang je...
haha...hebat betul penangan anak yahudi si mark zekeberg tu
(sori x pasti nama die betul ke x spelling :P)
aku buka fb je ade la dpt msj kat inbox dr seseorng...
msj nye panjang..aku x pasti die cedok
dr mane,tp bile aku bace² cm best lak,
dan mcm nyentuh hati lak...(eh eh nk feeling sesorng lak)
so aku saje jela nk share ngn korang...
kata pujangga perempuan
bagaikan angin
 lembutnya mendamaikan

ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

 o Kata pujangga

merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.


Psst...
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.


Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.


kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang...abang alpa"
bisikkan "Darling... I lupa..."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci


perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Rajuk isteri seperti mangga muda

Tapi awas...

Masih gagal juga?

( i )

Namun,


( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan" ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh...
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :


Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
seorang isteri.

dan pesanan kepada yg memberi msj ni...
harap2 kamu dpt jadi cm ni ye...
sampai bile2... :Þ

nak jugak letak gambar...
ntah tgn sape la ni aku main amik je...haha...
google :)
sekian saje...tata...

Saturday, 23 April 2011

zaitun bukan eton

assalamualaikum sume...

baru2 ni aku ade mengamalkan salah satu pemakanan sunnah
iaitu minyak zaitun...
tp ramai yg tanye kat aku... minyak zaitun??...
buat ape makan minyak?...x rase pelik ke?..
tak ke menambahkan kolestrol sebab makan minyak...
hello2 guys...ni bukan sebarang minyak ok...haha...

Antara khasiat minyak zaitun:

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E yang tinggi
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan massage therapy
  • Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal

Cara penggunaan minyak zaitun:

  • Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
  • Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
  • Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari
antara yg aku senaraikan nila khasiat2 minyak zaitun...
bile org tnye kat aku nape mkn minyak zaitun aku pn x tau nk jawab sbb byk
sgt khasiat die...
dan yg membuat aku nk amalkan coz ade dlm quran pasal bnda2 ni...

ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.
“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)
“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)
“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).
Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:
”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
dan antara khasiat lainye ialah mengurangkan lemak di bahagian perut....
maknenye bole menyelesaikan masalah perut boncet... :)

 sekadar gambar hiasan ..

jadi kawan2 yg disayangi sekalian...marilah kite mengamalkan pemakanan sunnah nabi dlm 
Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
dengan memakan minyak zaitun....2 sudu je sehari...
kite dpat pahala dan dpt sehat..heee



Tuesday, 19 April 2011

Allah di mana-mana

assalamualaikum dan salam 1 malaysia :)


huh..harini genap 2 minggu aku kembali ke bumi bertuah nabi musa ini..
baru 2 minggu tinggalkan malaysia tekak dah rindu nk mintak sambal belacan..
haha..dah kata memg makanan nenek moyang kite,g mane pn tetap ingat...
itu tandanye aku x lupe daratan..heee...
so,bile tekak dah teringin pandai2 la menumbuk sendiri,kalau kat malaysia
bole order kat mak je...kat sini,
pandai2 la ko buat sndiri...
so dgn excitednye aku menumbuk smbal sampai pija2 tgn aku terpercik cili padi..
tp xpe..
hasilnye tetap lumayan...
adela pulak sorng ahli bait ni mintak aku tambahkn hirisan tomato dlm sambal tu...
aku ikutkan jela,selera ramai..
bukan nk mkn sesorngkn...
so time aku potong tomato tu...
ternampak la nama yg maha Esa...
trus buat aku terfikir....
kebesaran dan keesaan Allah....
walaupn benda ni biasa je n org dah selalu jumpe mungkin...
tp ianye tetap bg pengajarn kat aku supaya aku berfikir..
aku makan rezeki dr kurniaan tuhan,
diberi nikmat rase,bernafas dan mcm2 lg...
tp cukupkah amalan2 aku disisi tuhan...
walaupn kite byk melanggar suruhan Allah,dr sekecil2 larangan sehingga ke besar besar
dosa yg myb kite x sedr...TP ALLAH TETAP SYG KAT KITE..
bg nikmat sehat,iman dan islam...
bg nikmat mkn sambal belacan  kemain sedap lg...
tp kite seringkali lupe kn die....




inilah tomato yg sempat aku amik gmba....
nmpak x kawan2 ade nama Allah?...
sape x nmpak tu tandanye ....... :P


dan ade satu ayat yg au petik dr quran,menjadi motivasi hidup aku...
aku suke sgt ayat ni...


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (02: 186)




dan.. ingatlah sahabat2...Allah dekat dgn kite....
kalau kawan kite,pasangan hidup kite suami isteri atau kekasih kite syg kite 100 kali...
tp ibu,ayah dan seluruh family kite syg kite, 1000 kali...
TAPI. Allah syg kite sejuta kali lebih byk dr org2 yg kite sygi... :(
kasih syg Allah melebihi kemurkaanye
semoga kite sume dikalangan org2 yg diberkati dan sentiasa mendpt keampunan Allah :)


wassalam~

Sunday, 17 April 2011

kuliahku al azhar

salam..

alhamdulillah al kulli hal wa nikmat..
pg td time g kuliah nmpak polis dh tukar baju..
dah pakai baju putih..huhu..tandanye musim panas dah masuk..
bersedia utk melegamkan muke...haha..
cite sal musim panas,terinat pulak musim panas thn lepas,..
aku g mandarah beli sayur bawa payung..sbb takut muke hitam..haha
lawak..tetibe ade laki arab ni sound bebel kat aku...
die kate matahari dr Allah,buat ape ko nk takut nk pakai payung bagai..
ala,mamat arab ni pn..bia laaa..haha
sy takut muke itam,nanati saham jatuh.. :p
actually nk cite sal kuliah kesygn aku...al azhar...
hurm..td masuk kelas khatabah...
seni ber ckp...nk cite sal doktor tu....
masuk tepat2 kol 11 dan sepatutnye kelas berakhir jam 1..
tp nk dekat kol 2ptg die x kua2 dan semakin rancak berckp..
huh..memg bagus...
mengajar memg utk sebarkan ilmu..bukan utk dpt gaji or whatever...
cube kalau cikgu2 kat malaysia...
kelas abis kol 6,5.45 dah lepaskn budak2 kua...
ajar pn asal bole..dgn x check homework budak...
ade yg lg teruk,murid cabut kelas panjat tembok sekola pn x tau..rosak rosak.
kat azhar ni aku cukup salute dgn pensyarah2 nyee...
ade yg bute 2 belah mata,sebelah mata..
ade yg x de kakai..
dtg ngajar pakai tongkat lg...
memg dasyat...
yg jd lebih2 kagum dgn pensyarah yg buta 2 belah mata tu,die yg buat kitab,
die yg ngajar,die buat soalan exam..
die soal time oral dan tanda kertas exam...
wo wow...aku yg sempurna pn x dpt buat cmtu..
hebat...
nak katenye tu kawan2... hati die x bute...
kalau kat malysia mesti nmpak mcm pelik je kalau pensyraha cacat,atau g kuliah naik teksi atau bas dgn pakai tuxedo...
tp kat sini tu sume biasa jee...
zuhud...x de pn nk pk jatuh tandard atau ape2...
memang best...
so yg aku dpt dr perkara2 ni...
kire memg x berhak nk pandang rendah sesama manusia..
ape yg penting di sisi Allah adalah ketakwaan kite...
x perlu kite nk rase bangga dgn rupe kite,kekayaan pangkat dan darjat...
sume tu x penting....
yg penting iman kite..
x kire kite dicampak kemana sekali pn...
insyallah selamat dunia akhirat....

sy syg al azhar sy , sy syg mesir :)


sape yg sudi jd cmni utk sy agaknye?..

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Thursday, 14 April 2011

demi tin dan buah zaitun

assalamm~~


 Departemen Pertanian Amerika Serikat mengungkapkan bahwa buah Tin mengandung beragam nutrisi mulai dari vitamin A, C, kalsium, magnesium hingga potasium.  Buah ini juga baik untuk mengendalikan nafsu makan dan membantu usaha penurunan berat badan. Jus buah Tin pun merupakan minuman yang baik untuk membunuh bakteri merugikan dalam sebuah peneltian...


1.Demi Tin, demi Zaitun.

2.Demi gunung Sinai,

3.Demi negeri ini yang aman (Mekah)

4.Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.


5.Kemudian Kami kembalikannya, serendah-rendah orang yang rendah,




6.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan (amal) yang soleh, maka untuk mereka, pahala yang tidak putus-putus.


7.Maka apakah sebabnya engkau mendustakan agama (pembalasan) sesudah (keterangan) itu?


8.Bukankah Allah seadil-adil hakim?




huhu...hari ni nk share sikit pengalaman time mula2 dtg mesir..
agak2 pasal ape ek?..
kalau dah intro tunjuk gmbar buah tin ni,of coz la sal buah tin..hee..
ok la...time first2 smpai mesir,aku agak teruja dgn buah buahan kat sini..
segar,murah dan sedap2...
pendekn cite,1 hari tu aku g pasar utk beli brg2 umah,ikan sayur
dan mcm2 lg..
kat pasar tu juhak ade jual buah yg segar2..
so sorng ahli bait aku ni nk beli buah tin segar ni..
sementara mamat arab tu nk pack kn utk kami,
kawan sy ni pn bacela surah tin ni...

wattiniwazzaitun~~
waturisininn~~
WASSIL..!
kawan sy suh mamat tu smbng...
then bile mamat tu bace..
wahazalbaladilamiiinn~~
wahazalbaladilamin tu negara mane??
kitorng agak blur2 skit sbb nk fahamkn soalan die..
maklum la,adik baru kn..haha

then..aku jawab..erm..makkah??..
mamat tu bole reply.. LA'
wahazalbaladil amin adalh mesir...
peristiwa tu agak mengaggu aku juga sbb memikitkan tentang
negara itu..
selepas aku membaca beberapa terjemahan..
aku dpt jawapan yg agak meyakinkan bahawa..
jawapan aku memg betul
makkah..
aku ade copy skit peneranganye...

..Allah bersumpah dengan nama-nama buah Tin, Zaiton, Gunung Sinai dan Negeri aman iaitu Makkah. Gunung Sinai adalah tempat di mana Nabi Musa 'Alaihissalam mula mendapat panggilan Ilahi. Negeri aman atau Baladil amin pula adalah merujuk kepada Makkah yang merupakan Kiblat umat Islam selepas Masjid Al Aqsa..(Tafsir Fizilal Quran).


 





Tuesday, 12 April 2011

Allah is great

assalam~~

semalam aku berkesempatan melawat kebun ayah  yg lame terbiar,
bukan sbb x nak jaga,tp
oleh kerana kebun tu jauh dr rumah,dan kesuntukan masa dgn kerja,
membataskan kami utk selalu melawat ke sana..
erm..aku sedikit teruja dgn suasana yg lame aku x jmpe..
sedikit sbyk membuatkn aku dpt mengambil sedikit pelajaran..
Allah is great..yup..



"Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahwa kau Lihat bumi kering dan gersang, Maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya, pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Fushshilat:39)

pandanglah setiap sesuatu itu dgn mata hati,
Allah x menjadikan sesuatu dgn sia2..
pasti ade hikmah dan kebaikan disabaliknye :)